Pada masa yang sama,ada seorang jejaka tempatan bernama Intang juga menaruh sinta mati kepada Solungkoi.Tetapi disebabkan Robinson mempunyai pangkat dan lebih handsome boy berbanding Intang yang cuma pindik-pindik tagap style tompurung dan bekerja sebagai kuli-kuli sahaja kepada Robinson,Solungkoi memilih untuk bersama Robinson(Nenek saya bilang,Robinson handsome macam Johnny Depp).
|
Nenek saya bilang Robinson macam Johnny Depp.
(Gambar sekadar bikin kasi siok-siok) |
Pada ketika itu project pembinaan jambatan sementara(temporary) sedang dijalankan oleh Robinson(Ada kaitan macam mana Tamparuli mendapat nama,tapi akan saya ceritakan dilain post dan dilain hari),pembinaan itu seringkali bermasalah disebabkan sering roboh dan rosak akibat banjir besar yang sering melanda.Robinson yang bertanggungjawab untuk memastikan project tersebut berjalan lancar berasa runsing,kerana tanpa jambatan sementara itu akan menyukarkan pihak british dan penduduk setempat untuk berhubung dengan dunia luar.
|
Mungkin si Intang tampurung begini(Gambar sekadar hiasan) |
Robinson menugaskan Intang untuk menyiasat kenapa jambatan itu tidak kukuh dan sentiasa roboh apabila banjir melanda,Intang yang pada masa itu masih pecaya kepada benda-benda ghaib seperti Tombuakar(hantu air),datang berjumpa dengan seorang Odu-odu(Nenek-nenek,bukan nenek saya) yang arif dalam ilmu ghaib dan pakar dalam bidang Tombuakar(Kira ne nenek specialist lah masa tu).Akhirnya si Odu pun mengenal pasti masalah tersebut,si Odu memberitahu si Intang bahawa Tombuakar marah kerana kawasan pembinaan jambatan itu menganggu kawasan perumahan mewahnya.
|
Si Odu(Sekadar Hiasan) |
Odu pun menyarankan mereka untuk membuat upacara jamuan untuk menjamu si Tombuakar,sebagai tanda meminta maaf atas kerosakan rumah banglo si Tombuakar.Walaupun upacara jamuan sudah dibuat,pembinaan jambatan Tamparuli masih lagi bermasalah.Rupanya si Tombuakar mahukan nyawa seorang sumandak yang bebeh,sendat,mantap dan padat,atas sebab si Tombuakar mahukan girlfriend sebagai teman di air(Sebab tu ada yang pernah nampak Tombuakar rambut amat panjang,itu bini dia tu.Akan sa cerita di post yang lain).
Tiada sumandak selain Solungkoi yang natural beauty punya pukulan bebeh,sendat,padat dan mantap ketika itu.Walaupun si Odu tidak sanggup untuk mengorbankan si Solungkoi yang tidak berdosa,tetapi atas dendam si Intang yang ditolak sintanya oleh Solungkoi.Intang menghasut Robinson untuk mengorbankan Solungkoi,ini membuatkan Robinson binggung antara jambatan ataupun sintanya dikorbankan untuk si Tombuakar.Robinson akhirnya memilih untuk mengorbankan sintanya Solungkoi demi tugasnya,demi jawatannya dan demi jambatan Tamparuli.
|
Mungkinkah itu Robinson?(Gambar Jambatan Tamparuli 1960) |
Satu keramaian nunu gia hey-nunu gia hey(Party say what,say what,Nenek saya bilanglah) dibuat secara besar-besaran untuk meraikan jambatan Tamparuli.Tapi sebenarnya ini semua adalah muslihat Robinson untuk memerangkap Solungkoi dan menghabiskan masa terakhir bersama sintanya,pada malam itu Robinson,Solungkoi dan orang kampung berpesta sambil aramaitie(meminum arak).Solungkoi akhirnya patah dan terkulai layu dipelukan Robinson,atas dasar bunga-bunga sintanya Solungkoi rela dan pasrah.
|
Tombuakar kali?(Gambar hiasan,saya nda tau muka tombuakar) |
Apa yang disangka Solungkoi adalah bunga-bunga sinta,sebenarnya perangkap yang dirancang oleh Robinson.Apabila Solungkoi sedar daripada mabuk,tangannya di ikat dan tergantung pada tali untuk diturunkan kedalam cerucuk jambatan(Tombuakar memberi syarat yang Solungkoi mestilah ditanam hidup-hidup didalam cerucuk jambatan tamparuli).Upacara pengorbanan pun bermula,Solungkoi menangis dan merayu untuk dilepaskan tetapi tidak didengari sesiapa(Orang kampung semua sudah mabuk..apa macam juga kan?).Solungkoi hanya dapat merelakan dirinya diturunkan kedalam cerucuk,atas sintanya si Robinson tidak lagi bermakna baginya,kerana Robinson tidak mengendahkan rayuannya dan tidak lagi memikirkan sifat kemanusiaan.
|
Mungkinkah Solungkoi ditanam disekitar tempat yang ditutup seperti yang dapat dilihat dalam gambar??
(Gambar Jambatan Tamparuli separa siap Tahun 1954) |
Ketika tubuhnya yang mungil hendak diturunkan kedalam cerucuk,Solungkoi meminta Tombuakar yang sedang menunggunya di dalam air memegang sumpahnya,Solungkoi bersumpah jambatan Tamparuli tidak akan kukuh dan terus roboh selagi darah Robinson tidak tumpah dijambatan itu.Selepas selesai upacara tersebut,apabila Robinson sudah sedar daripada mabuk,dia amat menyesal dengan tindakannya menanam Solungkoi disalah satu cerucuk jambatan tersebut.Robinson mengukir nama Solungkoi diatas plat besi dan melekatkan plat besi itu dicerucuk Solungkoi ditanam,selepas itu Robinson membunuh diri dengan membiarkan dirinya dilemaskan oleh Tombuakar.
Akhirnya,setelah 60 lebih tahun Jambatan Tamparuli masih lagi wujud dan masih kukuh atas pengorbanan Solungkoi yang bebeh,mantap,sendat dan sedap.Mungkin ada yang berpendapat bahawa cerita ini hanyalah mitos.tahyul dan lagenda semata-mata.Tapi kalau anda berpeluang untuk menyelam dan berenang dibawah Jambatan Tamparuli,plat besi yang bertulis Solungkoi masih dapat dilihat sehingga ke hari ini.(Di sahkan benar oleh orang-orang yang pernah menyelam disana,plat besi itu berada disatu tempat yang dirahsiakan oleh beberapa orang penyelam,kalau kamu mau tahu dimana dan mahu tengok.Sila contac saya,dan saya akan berikan maklumat orang yang tahu dimana plat besi Solungkoi).Itulah kisah Lagenda Solungkoi dan Lagenda Jambatan Tamparuli,terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca :).