WHAT GOES AROUND COMES AROUND

20130704

Manusia dan Lumrah Babi :)

Manusia tidak akan lari dari sifat tamak dan sifat tidak puas hati,manusia sentiasa mengejar kelebihan,mengejar sesuatu walaupun benda yang dikejar sebenarnya lebih teruk daripada benda yang sedia ada.Manusia bersifat seperti babi yang tidak pernah kenyang,senantiasa lapar.Walaupun makanan yang ada itu,adalah makanan yang basi ataupun benda yang dimakan itu adalah sampah.

Sifat ke"Babi"an yang gelojoh dan tamak dalam diri manusia,menjadikan manusia bodoh dan membawa kepada kerugian yang besar.Berfikirlah sebelum bertindak,merancang la sebelum membuat keputusan,keputusan yang salah menurut nafsu babi hanya akan membawa kerugian kepada tuan punya babi,dalam setiap kerugian pastinya akan ada tuan babi yang baru mendapat keuntungan.

Kalau anda mempunyai seekor babi ladang yang besar,gemuk,sihat,berwarna pink cute dan bermuka lembut.Disebabkan nafsu ke"babi"an dalam diri anda,anda sanggup melepaskan babi yang segar-bugar itu untuk ditukarkan dengan babi hutan yang kotor,berbulu,bertaring,biadab dan bermuka ganas.Adakah anda sedar anda sudah memberi keuntungan kepada tuan babi hutan tersebut?,anda rugi cuma disebabkan anda bernafsu babi kepada babi hutan yang bersifat ganas bersama taring-taringnya.

Apa yang saya cuba sampaikan disini,fahamilah sendiri.Saya pasti yang sedang membaca adalah seorang manusia,walaupun mungkin bernafsu babi ataupun mempunyai sifat ke"babi"an.Jika yang membaca ini adalah seekor babi,saya meminta maaf.kerana saya tidak berniat untuk menyingung perasaan mana-mana babi.Inilah manusia dan lumrah babi. :)

Babi dan babi,kedua-duanya babi. :)

0 comments: