WHAT GOES AROUND COMES AROUND

20130716

Lagenda Gunsoloi dan Lagenda Bukit Perahu.(Airmata Gerhana Matahari)

Bukit Perahu yang juga dikenali sebagai Bukit Ruhiang (Disebabkan bukit berada dalam mukim Kg.Ruhiang Tamparuli),atau juga dikenali sebagai Bukit St.Veronica (Bagi penganut-penganut Roman Catholic) yang terletak 1km dari Pekan Tamparuli mempunyai lagenda dan ceritanya yang tersendiri.Bukit ini dipanggil Bukit  Perahu oleh kebanyakan orang Tamparuli,disebabkan oleh sebuah batu besar yang terletak dibelakang bukit yang berbentuk seperti perahu.Tapi bila anda berniat untuk mencari batu ini,anda tidak akan menjumpainya.(Ada artikel dari newspaper ada gambar ne batu perahu,tapi admin tiada jumpa di google,nantilah admin cari..alamaaaak!!).Mengikut cerita turun temurun yang diceritakan oleh seorang uncle yang agak mabuk ketika itu (Uncle minum beer+montoku=Top 1,HEBAT!!),this is how the story rolls and goes.

Bukit Perahu(also known as Bukit Ruhiang and  Bukit St.Veronica.

A long-long time ago,theres a man named Gunsoloi from Tamparuli.Gunsoloi adalah seorang yang tegap tubuh badannya,berperwatakan menarik dan amat taat kepada ibunya.Pada masa itu juga,penduduk-penduduk Tamparuli masih percaya kepada ramalan-ramalan bobohizan/momolian(bomoh) yang menjadi perantaraan kepada kinoingan(Tuhan/dewa).Bobohizan meramalkan bahawa akan berlaku gerhana matahari dan akan ada berlaku banjir besar yang akan menenggelamkan kawasan Tamparuli.


Mungkinkah Gunsoloi berperwatakan dan berbadan tegap sebegini?
(Gambar sekadar hiasan,enda jua tagap butul,tagap sikit jak dari saya..haha)
Gunsoloi mengambil keputusan untuk mencari sebatang pokok yang besar untuk dijadikan perahu,untuk menyelamatkan keluarga dan penduduk kampungnya.Setelah mencari,Gunsoloi menjumpai sebatang pokok yang cukup besar untuk dijadikan perahu di atas bukit tersebut.Projek membuat perahu pun dimulakan oleh si Gunsoloi,setiap pagi dia akan berjalan kaki dan memanjat bukit,untuk menyiapkan perahu itu.(Yala,masa tu mana ada kereta.Naik bukit,bukan ada jalan raya)


Begini besar mungkin Gunsoloi punya perahu kayu?
Setiap pagi sebelum si Gunsoloi jalan dari rumah untuk kasi siap tu perahu,mama dia mesti kasi bekal dia nasi(Bukan nasi goreng jawa ah,jawa pun belum ada tu time).Tapi ada sesuatu yang buat si Gunsoloi berasa hairan setiap hari sebab nasi yang dibawanya akan bertukar,kalau dia membawa nasi putih,nasi itu akan bertukar jenis.Bila si Gunsoloi bawa nasi merah(nasi yang dimasak guna beras bukit bewarna merah/tadong orang sabah bilang) iyanya akan bertukar menjadi nasi putih.Kalau bawa nasi putih,bertukar jadi nasi merah.

Nasi beras merah(Tadong orang dusun bilang)

Disebabkan si Gunsoloi berasa hairan,dia pun startlah menyiasat(Time tu Csi belum wujud mah.dia soal siasat sendiri).Setiap pagi sebelum si Gunsoloi jalan,dia akan tanya mama dia,nasi apa yang kena kasi bekal untuk dia."Nunu takano no'maan nu pogutai doho baino ama?'(apa nasi mama kasi bekal saya hari ni?)tanya Gunsoloi kepada mama dia setiap hari.Mama Gunsoloi akan menjawap sama ada nasi putih ataupun nasi merah.

Akhirnya,Gunsoloi mendapati nasi yang dibawanya tertukar dengan makanan orang bunian yang tinggal dikawasan bukit tersebut.Gunsoloi menadapati makanannya bertukar dengan makanan puteri bunian dan jatuh sinta dengan puteri bunian yang sendat,mantap dan padat itu.Gunsoloi pun mengambil keputusan untuk camping dibukit sambil menyiapkan perahunya.(Baru sinang mau mengurat kalau camping sana kan?,ada can lagi..haha).Sejak hari itu,Gunsoloi yang begitu taat dengan ibunya tidak kembali kerumah,disebabkan dia sudah berkahwin dengan puteri bunian.

Gunsoloi dan Puteri Buninan
(Credit to Eric J for this photo.hehe)



Hari yang diramalkan oleh Bobohizan/Momolian semakin tiba,gerhana matahari dan kemungkinan hujan lebat akan berlaku.Gunsoloi yang ketika itu berada di alam bunian,meminta kebenaran sama bini dia untuk pulang sekejap berjumpa keluarganya untuk memberitahu yang dia sudah berkahwin di alam bunian dan sudah berjaya menyiapkan perahu tersebut.(Mesti mau minta kebenaran bini,nanti malam kalau sejuk..enda kena bagi owh,susah lagi..haha).Puteri bunian membenarkan Gunsoloi pulang dengan satu syarat,Gunsoloi mesti pulang ke pangkuannya sebelum gerhana matahari.(Bini dia mo romantic2 mungkin kan time gerhana?)

Gerhana Matahari Cincin
(Gambar Google,Sekadar Hiasan)

Ketika si Gunsoloi sampai di rumahnya,gerhana matahari baru hendak bermula.Gunsoloi pun bertemu ibunya dan menceritakan tentang perkahwinannya dengan puteri bunian dan tentang perahu yang berjaya disiapkannya.Sebelum gerhana matahari berakhir,Gunsoloi yang sudah janji mau romantic2 sama bini dia mengambil keputusan untuk balik ke alam bunian.Tetapi ibunya menghalangnya kerana Gunsoloi baru sahaja pulang,setelah hilang sekian lamanya.Gunsoloi tetap dengan pendiriannya untuk balik ke alam bunian,ibunya berasa kecil hati dan kecewa terhadap anaknya Gunsoloi yang dulunya taat,kini berubah sama sekali.Gunsoloi berlari keluar rumah,di ikuti oleh ibunya yang sedang menangis disaksikan gerhana matahari.

Mama Gunsoloi belari sambil menangis.
(Gambar Sekadar Hiasan)

Gerhana matahari yang terharu dengan kesedihan ibu Gunsoloi,menitiskan airmatanya dikawasan bukit.Perahu yang dibina Gunsoloi dan barang-barang keperluannya semua bertukar menjadi batu terkena air mata gerhana matahari.Sejak dari hari itu,Gunsoloi hilang begitu sahaja,tidak dapat dipastikan sama ada dia kembali ke pangkuan bininya atau turut bertukar menjadi batu hingga ke hari ini.

P/s:Macamana bebeh/handsome pun gopren/bopren kamu,jangan jadi macam Gunsoloi.

6 comments:

Sharon said...

Hahaha

KTS Gym said...

Alamak! si A****e ka pula?? hahaha...
Promote sikit: 'Gunsoloi' photo was taken at KTS Gym (Gim Kelab Tamparuli Sabah)

Unknown said...

Kasi ada saja..hehe..

biBieOlga said...

Ah ko nie.. mcm crita c tanggang seja.. hahahahah.. ko buat crita nie kan?? Hahahaah

biBieOlga said...

Ah ko nie.. mcm crita c tanggang seja.. hahahahah.. ko buat crita nie kan?? Hahahaah

Unknown said...

cerita turun temurun tapi sa saja kasi siok supaya ko tertarik mo baca