WHAT GOES AROUND COMES AROUND

20130704

Kasut kulit Vs Seripal Jipun.(First impressions does'nt mean perfections)

Seripal Jipun,walaupun nama dia seripal jipun,memanglah seripal itu bukan dibuat dijepun,terang-terang di label pun made in China.Tiada kaitan pun sama orang jipun,biarpun nama dia seripal jipun,bukan juga sesuatu yang mewah walaupun namanya gah membawa nama jepun.Sedangkan Maria Ozawa pun enda tau nama seripal yang dia pakai tu "seripal jipun" kalau di Malaysia terutamanya di Sabah.Biarpun ramai yang pakai seripal jipun,tidak juga ne seripal membawa lambang kemewahan,biar pun menteri-menteri pun turut pakai seripal jipun masuk tandas.

Seripal Jipun the Tat Sing Style :)


Kasut kulit,ada apa dengan kasut kulit?,adakah ada nada-nada sinta ataupun adakah kasut kulit menjamin masa hadapan?.Tapi semua orang suka kasut kulit,boots kulit,kasut kulit bekilat-kilat.Walaupun nama dia nda bawa nama mana-mana negara,tapi hakikatnya kasut-kasut kulit pujaan ini adalah made in U.S.A dan bukan made in China seperti Seripal Jipun.Enda macam seripal jipun,mana ada orang pakai kasut kulit masuk tandas kan?.Kalau ada pun mungkin sebab dia teda seripal jipun ataupun dia memang di hotel atau shopping complex.

Kasut Kulit the Red Wings Style,

Apa yang sa cuba cakap sini,first impression orang selalu akan memandang orang yang pakai kasut kulit dahulu,baru yang pakai seripal jipun.Contohnya dalam situasi begini,dua orang tengah lepak-lepak sambil kupi-kupi dipetang hari.Satu pakai seripal jipun,satu lagi pakai kasut kulit,mesti orang akan label yang memakai kasut kulit itu lebih bergaya,dihormati,dipandang mulia,banyak duit dan kaya.Kawan yang pakai seripal jipun itu hanyalah kawan yang pok kena belanja makan,jadi macai-macai dan bikin samak-samak.

Kenapa minda orang masih juga macam ne?,terutamanya orang-orang tua dan perempuan yang memandang harta dan kemewahan.(Walaupun bukan semua tapi masih ramai yang berfikiran dan bersikap macam ne.).Adakah dengan memakai baju kemeja,seluar slack dan kasut kulit itu menandakan dia kaya?,dia berharta?.Adakah bila pakai serual pindik dan seripal jipun itu,itu orang tiada apa-apa?.Macam yang cakap,manusia dan lumrah babi.Haruslah ingat,first impression doesnt mean perfections,tidak semestinya yang indah itu permata,mungkin juga kaca kan?.Apa yang dikatakan sampah juga belum tahu betul-betul sampah,another man trash is another man money.Bilalah baru minda orang ramai akan terbuka,hakikatnya biarpun berseripal jipun,poketnya tidak pernah kosong,Ingatlah juga bahawa,kasut kulit banyak yang tiruan kulitnya,cuma plastik pada dasarnya,kadang-kadang begitu juga orangnya.:)

0 comments: