WHAT GOES AROUND COMES AROUND

20130707

Mukanya Parak Seven dan Amber Chia.

Persoalan yang sentiasa bermain difikiran lelaki bila nampak perempuan sama boyfriend dia yang seumpama beauty and the parak seven,"Apa kurangnya saya?","Ada apa dengan dia?","Kenapa bukan saya?","Saya lagi handsome".Jawapan untuk kenapa perempuan memilih boyfriend parak seven yang amat tidak handsome berbanding anjing anda dan kadang-kala lebih tua dari datuk anda sekalian,anda sebenarnya tahu jawapan kepada persoalan²  ini.Berkerjaya,berduit,dan memakai kasut kulit wahai kawan² ku.Inilah sebab yang kukuh kenapa perempuan²  yg bertaraf Amber Chia(Im sorry Amber,ilebiu) memilih mereka yg parak seven,mereka bukanlah mata duitan sebenarnya wahai kawan2(akan saya terangkan),walaupun ada segelintir sememangnya mata duitan tapi sebabnya tetap sama.

Parak Seven and the big nenen :)


Jawapan yang saya akan berikan bukanlah rekaan saya semata² ,saya memberikan jawapan mengikut jawapan yang telah diberikan oleh piawaian²  dari wakil²  pihak perempuan dan melalui pengalaman² dan pemantauan silam.Kenapa perempuan mahukan mereka yang berkerjaya,berduit dan berkasut kulit walaupun muka anda seperti Johnny Depp?.Mereka memilih lelaki sebegini untuk mendapatkan masa depan yang cerah ketika sudah berkeluarga nanti,mempunyai kediaman yang selesa,kewangan yang stabil dan hidup terurus.Perempuan juga memilih mereka yang berkerjaya,berduit dan berkasut kulit disebabkan untuk memenuhi kehendak dan keperluan mereka(lebih kepada ego walaupun bukan semua,tapi hakikatnya tetap ada).Sifat² perempuan yang mengimpikan majlis perkahwinan seperti dalam drama dan wayang² ,sifat mereka yang tidak mahu kalah kepada kawan² perempuan yang lain,impian mereka berbulan madu di"wonder land" antara sebab²  kenapa mereka memilih lelaki²  dari golongan berkerjaya,berduit dan berkasut kulit.

Lebih tua dari datuk ku,dompet tebal melulu :)
Mungkin anda akan berkata,"bahagiakah mereka cuma dengan duit tanpa sinta?".Wahai kawan2 lelaki sekalian,bila banyak wang dan masa yang diluangkan oleh si lelaki parak seven ini kepada Amber Chia nya,rasa sinta itu akan hadir dengan sendirinya.Perasaan terhutang budi dan tergadai body(bukan semua),akhirnya menjadi rasa sinta akhir rasa ini bagi mereka.Siapa yang tidak bahagia bila berduit?,siapa yang tidak happy bila berduit?,rasa sinta itu lahir dari kebahagiaan,duit pula boleh mencetuskan kebahagiaan.
Muka handsome tapi tidak berkerjaya memakai kasut kulit,tidak bergaya dan berdompet tebal akan hanya mendapat sinta daripada spesis²  perempuan yang rare.Hanya akan dipilih oleh perempuan²  yang masih percaya sinta lebih dari segala²nya,dimana bagi mereka biarlah hidup sama² susah dan asal ada yang penting bersama orang yang mereka sinta sampai bila² .

What Girls Think :)
Tujuan saya menulis blog ini bukanlah untuk menguris hati² ex-gopren saya,tapi hakikatnya memang itulah sebab kenapa perempuan² sekarang memilih mereka yang berkerjaya biarpun parak seven.Janganlah memarahi diriku,aku hanyalah penghibur jalanan dan memakai seripal japan.Sintailah diriku seadanya,walaupun mungkin kita tidak akan mempunyai majlis perkahwinan seperti dalam sinetron indonesia dan honeymoon keserata dunia seperti wayang²  tempatan yang mengarut.

0 comments: